Aku Menang Patung Upin & Ipin

Hohoho. Aku menang anak patung Upin & Ipin! Oops maaf, aku akan kembali menggunakan aku semula *ye saya lalang*. Sebab guna saya ni rasa macam kurang feel, dulu nak guna saya sebab ada readers yang lebih berumur. Tapi bila fikir balik, kalau sendiri rasa xbest, buat apa guna? Xnak jadi hipokrit. Hehehe

Berbalik kepada cerita, patung Upin dan Upin ini aku menangi sebab aku masuk Pertandingan Mengira Oopet yang dianjurkan oleh Les Copaque. Kiranya tak sia-sia juga la gua beli DVD Geng Pengembaraan Bermula yang original dulu. Mmuahaha!

Sedutan perbualan telefon orang Les Copaque cakap nak menang hadiah :

LCP : Hello, ni Cik Faizah ke?
Chokilala : Ye saya
LCP : Tahniah ye, awak menang hadiah untuk pertandingan mengira Oopet
Chokilala : *Bermonolog dalam hati, jangan cakap aku menang hadiah utama yakni percutian ke Disneyland Hong Kong?*
Chokilala : Oh yeke? *Sambil pura-pura cool*
LCP : Ye, awak menang hadiah saguhati plush toy Upin & Ipin
Chokilala : Oooo. Hohoho. Okay! *Hati pecah*

Staff LCP tu call untuk sahkan alamat. Hehehe. Petang tadi baru aku ambil dekat Poslaju, buka dalam kereta terus! Hehehe. Ingatkan dapat sekor je, rupanya dapat 2 ekor! Dapat Upin & Ipin satu pakej. LOL. Dan kebetulan balik daripada ambil hadiah ni, aku singgah kedai jual barang Upin & Ipin dekat Melaka ni untuk tanya harga patung ni. Dia cakap satu RM30, kalau beli sepasang RM50

Memandangkan rupa paras patung ni yang kelihatan xberapa best untuk dipeluk, aku dah merancang untuk bagi je budak botak 2 ekor ni dekat anak sepupu aku nanti. Budak-budak tu hantu Upin, pantang tengok kartun tu keluar dekat TV, habis la orang lain xdapat tengok cerita lain

Haa ambil la kau budak-budak, raya nanti xyah bagi korang duit raya (sebab mak bapak dorang tahu aku dapat duit from blogging, daripada haritu dorang dah claim suruh bagi anak dorang duit raya, padahal aku xkeje pun lagi). Sungguh kejam. Tapi hebat kan taktik melepaskan diri aku? Hohoho

06
May 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Contest
DISCUSSION 21 Comments

Cis! Sipi Lagi Nak Menang iPhone 3Gs


Oh yeah! Aku kembali. Masih bernyawa. LOL. Bila kesibukan melanda diri, memang blog yang akan menjadi mangsa. Itu belum lagi ambil kira dengan situasi aku yang dibius malas. Jadi, kombinasi-kombinasi tersebut berjaya menghasilkan blog Chokilala.com yang x berupdate selama sebulan. Syabas Inspektor Sahab!

Cerita mengapa aku xupdate selama sebulan lebih nanti biarlah dikongsi dalam post-post yang akan datang. Macam-macam benda yang berlaku, pelbagai cerita yang boleh dikongsi. Cuma menunggu masa yang sesuai je. Aku perlukan ketenangan dalam berblogging. Baru la post yang terhasil akan ‘ikhlas’ dan menarik. That’s my style of blogging *speaking plak dush dushh*

Haa, dengar baca la ni, aku nak eksen ni. Ingat lagi x dengan post pasal iPhone 3Gs percuma yang aku tulis dulu? Siapa sangka rupanya aku menang cabutan bertuah untuk contest tu. Hohoho. Penyertaan secara suka-suka tersebut berjaya membuahkan hasil yang agak kacak. Boleh refer keputusannya di sini

Western-Digital-My-Passport-Essential-320-GB

Aku telah berjaya memenangi Western Digital My Passport Essential 320GB atau dalam erti kata yang lebih mudah external hard disk sebesar 320gb. Besar sungguh kalau nak letak Rjuna dalam tu pun pasti muat! Syukur menang hadiah tersebut walaupun bukan iPhone tapi cukup la untuk membuatkan ramai kawan-kawanku jeles. Dan juga cukup untuk membuatkan Encik F berbangga mempunyai seorang awek bergelar Chokilala. Haha

Kalau ikutkan cabutan bertuah, ini kali kedua aku menang hadiah secara online. Kalau real life, pernah la sekali menang hamper masa meeting fakulti. Haha. Bagus juga sebenarnya menang sebab aku sendiri memang xde external hard disk. Haa, next time korang kalau ada jumpa contest mana-mana join je. Jangan fikir “ahh kompom xmenang punya”. Xsalah mencuba. Tengok tengok, gua dah menang hard disk 320gb. Boleh sumbat drama korea banyak2. Jangan jeles. Hoho

09
Oct 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Contest
DISCUSSION 37 Comments

Siapa Mahu iPhone 3Gs Percuma? Hohoho


iphoneWow! Siapa yang baik hati sangat nak bagi iPhone percuma ni? Gila ke apa? Hohoho. Xpernah dibuat orang di Malaysia betul. Serius meleleh air liur beb tengok pasal contest yang boleh menang iPhone ni. Daripada mengantuk macam gam tumpah dekat mata, tiba-tiba terus segar bugar dan terus update blog. Hurm, pukul 3 pagi dah ni. Hohoho

Pernah dengar x tentang Exabytes? Baiklah, Exabytes ialah antara penyedia hosting/domain yang popular di Malaysia. Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-52, mereka ada menganjurkan satu pertandingan. Hadiah utamanya sangat menawan hati, iaitu sepasang iPhone 3Gs!

Wahh! Saya pun nak jadi jutawan menang iPhone. Bagaimana?

  1. Mula-mula, pergi ke website ini
  2. Isi maklumat yang diperlukan seperti nama, email & etc
  3. email-registration

  4. Pada ruangan Referrer’s Email, jangan lupa masukkan chokilala[at]gmail[dot]com. Gantikan [at] sebagai @ dan [dot] sebagai .

Kenapa kena letak email referrer tu? Hurm. Sekiranya korang terpilih untuk memenangi iPhone tu, dalam kes ni aku sebagai referrer juga akan turut menang iPhone tu. So, it’s a win-win situation right? Hee. Lagi satu, pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah. Hoho. Itu yang seronok dengar tu

Eh, asyik bercakap pasal iPhone je. Kalau xde rezeki untuk menang iPhone, masih ada hadiah lain juga. Tapi setakat ni, memang iPhone je terbayang-bayang di mataku. Hoho. Jom la cuba nasib!

rjuna : Ya Allah walaupun aku banyak berdosa, tapi sempena hari jadi aku 7hb ni engkau murahkanlah rezeki kami (uh kami tuh.. saya dan Faizah) amin
chokilala : dan aku juga.. 16hb
chokilala : amin..
chokilala : ape plak murah rezeki ko
chokilala : rezeki aku la.. yg utama
chokilala : sebab kalau aku menang.. ko mng
rjuna: hahaha

P/S : Petikan daripada sesi Yahoo Messenger aku dan Rjuna. Hahaha
P/S/S : Pic atas tu melaram iPhone dekat Maxis Center je. Uh uh :(

06
Aug 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Contest
DISCUSSION 38 Comments