Setelah puas bergelak ketawa meneliti semua komen, boleh dikatakan aku agak kagum dengan jumlah penyertaan yang diterima. Kesemua sekali 61 komen telah diterima dengan jayanya daripada post tersebut di publish hinggalah ruangan komen ditutup pada jam 2 petang hari ini
Mari soroti penyertaan-penyertaan yang berjaya menarik hati aku & juri awam mengikut kategori. Mulakan!
Kategori Kelucahan
Read more…
Ahad lepas aku menang RM50 di Hafreze.com hanya dengan menjadi subscriber blog dia. Sebelum ni pun ada menang 1st prize untuk contest di blog Topo. So, hari ni aku rasa macam bermurah hati nak berkongsi rezeki yang ada dengan korang. Contest kecil-kecilan je. Contest besar-besaran tunggu blog Chokilala ni mantap dulu ye? Hihi :P
Apa hadiahnya?
- 1x Topup RM10 / Deposit RM10 Maybank2U (boleh pilih)
Bila tarikh tutup?
- Rabu, 4 Februari 2009, pukul 2 petang
Wah cepatnya, bila plak nak umum pemenang?
- 2 jam selepas itu di Chokilala.com
- Result tak rasmi bila-bila masa di Twitter
- Maknanya kalau nak tahu result cepat, jom follow aku : Klik sini
Ok gak ni, sape nak bagi topup free. Macam mana nak menang?
Cuma komen di post ni dengan format :
Oit Chokilala! Bagi aku menang sebab….
dan sambungkan ayat tersebut dengan ayat korang tidak melebihi 10 patah perkataan. Lagi kreatif, lagi banyak peluang nak menang! Jangan skema ok?
Bagi contoh sket?
Oit Chokilala! Bagi aku menang sebab aku nak tambah duit untuk beli kapal selam idaman (9 patah perkataan)
Ada syarat tak?
- Terhad kepada maksimum 2 penyertaan sahaja
- Gunakan email yang sah sebab pemenang akan dihubungi melalui email
Apa tunggu lagi? Kreatifkan diri anda dan mulalah mengomen. Semoga berjaya!
P/S : Agaknya kalau nak buat contest seterusnya ada tak yang nak sponsor? Anyone? :P

Sejak dua menjak ni, aku musykil betul la dengan apa yang orang search untuk sampai ke blog Chokilala ni. Aku check guna plugin kebanyakan keyword yang ada memang bikin gentar betul la. Kebanyakannya guna keyword jejaka kacak, lelaki hensem, lelaki jambu dan yang sewaktu dengannya. Kalau tak percaya, tengok screenshot daripada plugin yang aku guna untuk track visitors nie!
Read more…