Mari-mari semua. Adik, kakak, abang kacak, gadis comel, makcik, pakcik semua. Mari tengok ini barang, pendrive 1Malaysia. Tapi bukan saya la yang jual. Saya just tolong orang ni promosikan je sebab saya sendiri tertarik dengan design pendrive ni yang unik. Hehehe
Kapasiti : 4GB
Harga : RM36
Hubungi : 012-3364323 atau Facebook Cik Azah




Peringatan :
- No offense okay, siapa cakap pasal politik dekat sini, akan dihukum geletek sampai mati
- Siapa tanya secara melampau macam saya yang jual benda ni pula, akan dihukum geletek sampai pengsan
- Siapa yang minta saya belikan pendrive ni untuk mereka, 5 helai bulu kakinya akan dicabut ketika nyenyak tidur xkira lelaki mahupun perempuan. Hohoho

Kahkah. Dekat seminggu aku xupdate blog. Kalau Melly Goeslow dibius cinta, aku pula dibius malas. Hoho. Aku xupdate bukannya apa. Selepas lebih kurang 2 bulan bercuti, semester baru pun bermula Isnin yang lepas. Aku asyik mengantuk dan penat je kerana aku sedang dalam usaha untuk membetulkan kembali body clock aku ni. Itulah sebabnya post baru terperuk lama dalam draft je. Huhu. Sorry~
Haa. Kali ni aku nak minta jasa baik korang semua untuk vote video kawan aku. Dorang ni pelajar UIA tapi minat berlakon dan mengarah. Haha. Dorang masuk pertandingan video yang dianjurkan oleh Fisherman’s Friend. Hadiah kalau menang pertandingan ni ialah peluang berlakon bersama Afdlin Shauki
Read more…
Hohoho. Kepada sesiapa yang menggunakan script emoticon daripada blog Chokilala ni mesti tengah berasap kan tengok keluar image bandwidth exceeded daripada Photobucket. Jangan makan saya, saya kurus! Saya tidak bersalah dalam hal yang sedang hangat diperkatakan ini. Lol
Untuk pengetahuan korang semua, emoticon yang dihost oleh Photobucket aku dah exceed monthly bandwidth limit 5GB. “Oit Chokilala! Apa kau merepek ni? Ingat aku tahu ke pasal menatang bandwidth ni?”, getus hati korang. Aku tahu sangat dah. Kahkah
Cuba baca penerangan tentang apa itu bandwidth di sini. Fokus kepada kecurian bandwidth. Ehem. Mesti selalu buat kan? :P
Perkara sebegini pernah terjadi dengan emoticons daripada BlogMenjerit juga suatu ketika dahulu. Masih ingat BlogMenjerit? Dah berkubur pun, sebab pemilik dia sekarang ni sibuk mengusahakan perniagaan menjual bulu kaki terpakai. Sekarang ni, perkara yang sama juga terjadi dengan emoticons daripada Chokilala sebab ramai sangat yang guna script emoticon tersebut *cemas*
Photobucket akan reset balik bandwidth aku tu pada 9hb April nanti. Hohoho. Lama tu beb. Tiada apa yang mampu aku dan kamu lakukan selain daripada tunggu dan terus menunggu. Nak host semua emoticon tu dalam hosting Chokilala, xmungkin la sebab terlalu banyak. Aku agak kedekut. Lalala :-”
Jalan penyelesaian lain ialah host sendiri image dan buat sendiri script emoticon tersebut. Jumpa lagi. Salam bandwidth :P