Sekarang ni dalam tempoh terdekat aku tengah berkira-kira nak sambar satu lagi barang iaitu PC. Spec biasa-biasa je, sebab cuma nak guna for basic usage. I’m not a gamer pun, paling kuat pun main game pattern-pattern Diner Dash. LOL. Tapi dalam pada tu, one of my long time wishlist adalah speaker yang gempak. Tahu tak, those speaker yang jenis macam besar, ada banyak dia punya speaker kecik-kecik semua tu. Senang cerita, model Sonic Gear Evo, tak kira la Evo berapa. Asalkan yang jenis berlampu-lampu then kalau pasang lagu full volume, rumah pun boleh bergegar

But come to think of it, itu wishlist masa aku maybe umur macam 19 tahun? 20 tahun? Waktu tu banyak fikir hiburan, fikir nak enjoy dengan kawan-kawan je. Sekarang ni aku nak beli PC but at the same time nak ada speaker yang okay. So, I’m looking for an audio system which is practical yet convenient. Taknak dah yang jenis besar gila lepas tu siap ada lampu-lampu apa semua. Huhuhu
Survey punya survey dekat forum Lowyat apa semua, ramai yang tak suggest Sonic Gear sangat. Ramai yang beli samada Altec Lansing ataupun Edifier. Ada juga brand lain yang dicadangkan macam Logitech & Creative. Selepas mengambil kira bajet & keperluan, aku dah pilih 2 model yang aku suka. Satu ialah Altec Lansing BXR1221 dan satu lagi Edifier M1335
Ni Altec Lansing BXR1221, harganya dalam RM129. Kalau daripada segi design wise, dah smart dah cuma speaker dia tu ada macam rupa meriam sikit. Hohoho

Yang ni pula, Edifier M1335. Harga dalam RM119. Speaker cantik tapi subwoofer besar sangat pula. Tapi yang menarik, ada disertakan sekali remote control

Lepas tu sekarang ni aku dah macam serabut tak tahu nak pilih brand mana ataupun model yang mana bagus. Encik F suruh pilih Altec Lansing, kawan satu office pun suruh pilih Altec Lansing sebab dia sendiri pakai tapi pada masa yang sama suggest juga Edifier sebab dia tengok kawan dia pakai okay. Pening!
So, based on your own experiences ataupun rakan-rakan terdekat korang, brand mana yang bagus? Okay tak 2 pilihan yang aku buat ni? Aku nak guna untuk biasa-biasa je, setakat dengar-dengar lagu dangdut Amelina je ke. Kehkeh. Lagi satu kalau dengar pun, bukan full volume -___-” Yang paling penting sekali, not for gaming. Help me decide, please?