Usikan Pocong

usikan-pocong

Kahkah. Dekat seminggu aku xupdate blog. Kalau Melly Goeslow dibius cinta, aku pula dibius malas. Hoho. Aku xupdate bukannya apa. Selepas lebih kurang 2 bulan bercuti, semester baru pun bermula Isnin yang lepas. Aku asyik mengantuk dan penat je kerana aku  sedang dalam usaha untuk membetulkan kembali body clock aku ni. Itulah sebabnya post baru terperuk lama dalam draft je. Huhu. Sorry~

Haa. Kali ni aku nak minta jasa baik korang semua untuk vote video kawan aku. Dorang ni pelajar UIA tapi minat berlakon dan mengarah. Haha. Dorang masuk pertandingan video yang dianjurkan oleh Fisherman’s Friend. Hadiah kalau menang pertandingan ni ialah peluang berlakon bersama Afdlin Shauki

Hahaha,yup inilah filem pendek aman yang terbaru. dilakonkan oleh Latif dan Pagad. dan dibantu oleh juru profesional, Bunta. Filem ni dihasilkan untuk masuk pertandingan video Anda Kuat Berlakon? yang dianjurkan oleh Fisherman’s Friend~

aman-usikan-pocong

Video dorang setakat post ini ditulis telah menjadi video penyertaan ke-3 yang paling banyak diundi buat masa sekarang! Jadi diharapkan dengan undi daripada korang semua boleh membuatkan kawan aku ni jadi pemenang. Hohoho. Semoga tercapai impian dia untuk muncul dalam filem Afdlin Shauki. InsyaAllah :)

Bercerita tentang hal peribadi kawan aku ni yang lebih dikenali dengan panggilan nama Aman Wan, dia juga boleh melukis kartun/komik. Aku pun sebenarnya xtahu mana satu yang dia nak jadi. Pengarah filem ataupun pelukis komik? Hohoho

Kalau korang perasan, blog aku dah ada banner dan ia terpampang dengan comel sekali di blog Zelo55 dan Topotato. Hohoho

Ramai yang telah terpedaya ingat aku yang lukis sendiri kartun tu. Haha. Salah tu, sebenarnya Aman yang tolong lukiskan karakter kartun tu untuk aku. Nak tengok? Haha. Ok ok, aku eksen tunjuk!

choki-kartun

Mmuahahaha(sila baca dengan nada gelak jahat)!!! Comel kan, comel kan? Aku suka sangat karakter kartun yang Aman lukiskan ni. Memang mengikuti kehendak aku, even better sebab aku x expect untuk dia lukis Choki-choki tu sampai jadi real macam tu! Hee ;)

Kalau korang nak tengok hasil lukisan yang lain oleh Aman, korang boleh pergi ke blog Aman Wan. Personally, aku suka dengan kartun Hero Sekolah sebab karakter-karakter dalam tu semuanya comel belaka. Aku suruh Aman lukis ikut style macam tu la untuk kartun aku. Hohoho

Sekali lagi, jangan lupa untuk vote video Usikan Pocong sebagai pemenang. Okla, aku nak tidur awal. Esok nak dating dengan Encik F. Dah 2 bulan xjumpa tau. Siapa la yang kutuk untuk post Ryehanna di Chokilala.com sebelum ni kata aku busy dating je. Fitnah betul T__T

10
Jul 2009
POSTED BY chokilala
POSTED IN Pengumuman
DISCUSSION 28 Comments

28 Responses to : Usikan Pocong

  1. Fashar says:

    aku nk masuk jugaklah walaupun xda handycam

  2. topo says:

    kira macam blog aku perasmi la maskot ko ni.. hohoho
    hohoh hai fashar.. hahahaha

  3. KhairiL says:

    mcm penah ku lihat banner ni sebelum ni
    tp kt mn ye….

  4. x-po says:

    mmg mantap ah vid tu..lg seram dr kelewon..hoho

  5. zelo55 says:

    ak punye blog la yg rasmi topo oi..
    hahahahah…
    aku rase laa…

    hahahahah…

  6. topo says:

    siot je aku ingatkan video utube… rupanya image biasa.. siap ade link lagi.. hohohoho

  7. Kill-Vearn says:

    hoho… contest eh… da vote dua² kat utube n web dia… moga dia menang lew.. tadi aku tgk dia 2nd highest… erm kat blog aku dah sehari ko nya banner ada kat sana…

  8. Aman Wan says:

    haha,thanks chokilala~!
    anyway,antara Pengarah Filem n Pelukis Komik, aman pilih komik~
    haha,tapi lately x melukis byk (last lukis, ur ads tu) sebab bz dgn nk wat shortfilm len. huhu.. lagipun,dua2 ada benda berkait, mengarah & melukis, dua2 hasilkan cerita. =)

    neway,thanx again pada chokilala n other guys yg vote or tgk or support or baca entry pasal aman ni sampai habis.. (huhuu..) may God bless u guys~ hv a nice deh~

    =D

  9. Luth Textile says:

    ko tak kena saman ke ngn syarikat chokilala sebab amek brand diorg? hahaha..
    takde la. lawak je..

  10. ezany says:

    udah vote.. gud luck.. :wow:

  11. Ryehana says:

    serius aku jeles ngan banner ko!!

    siap ade pegang choki-choki lagi tu!

    Nak jugak!!!! :cry:

  12. Ryehana says:

    btw, aku dh vote gak video tu. muehehehe… pocong xcukup seram. leh lak buai2 kaki.. huahuahua

    tp ok gak la video ni. xleh blah tu nak nasik jugak dlm takut2 pun… :happy:

  13. haritz says:

    aku kalau berlakon pakai pocong betul, real beb :happy:

  14. pjan says:

    pocong tuh cam muka ko je choki
    hahaha

  15. meo says:

    di bius haruman ketiak hidraf tak mandi 2 bulan… bau bawang putih… ketiak hangit…. -damn!-

  16. cikepal says:

    waa….comel la banner 2..

    btw,dak uia yg masuk 2 cos pe?? kat gombak ke ? ;)

  17. Dilot says:

    katun2 die comel la..suke..

  18. blowie says:

    video aku akan tewaskan video kwn ko,hahaha ;p

  19. Azman Ishak says:

    hehehe.. dalam banyak perkara kat atas tuh
    aku amat tertarik pada kartun nko tuh.
    memang cukup berbakat.. bleh dak aku tau
    hang lukis pakai mende? clean n smooth la.

    series lawa…

  20. KNizam says:

    wahhh cun la avatar rss tuh. hehe :)

  21. Nazif Hensem says:

    seram dowhhh..
    keep it up!

  22. Buya says:

    uuuhuu cam syok nyer haha.. seram~~~

  23. zool says:

    aku tak suka tengok citer hantu…
    nanti ko suruh dia lukiskan maskot aku plak,…
    huhuhuh

  24. huhu, aku pun nak mascot.. kalo nak pocong, aku bleh blakon, takyah mekap2.. hehe

  25. Saffa says:

    Pelajar UIA? Saffa pasti sokong! Hehe..
    Saffa dah usya blog dia. Kartun dia memang cute sangat2! Jealous lah tengok avatar chokilala tu! Huhu…

  26. broSKL says:

    mmg comel la lukisan aman ni ek..smart dowh.. kipidap

  27. gha says:

    “tumpang iklan tuan rumah~sesiapa ingin bekalan telur itik segar n telur masin untuk mjls keraian, jualan runcit dll hubungi kami fariz 0122505124/www.buminiaga-bm.blogspot.com”

    pembelian dlm kuantiti byk dialu2kn…TQVM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">