Selamat Ulangbulan Ke-4, 1LirikLagu.com
Wahaha. Ada ke ulangbulan? Suka-suki je buat ayat sendiri kan. Tapi takpe la, saje je nak bagitau secara rasmi dekat sini bahawa blog 1LirikLagu tu milik seorang gadis bergelar Chokilala(aku la tu). Baru sekarang rasanya xmalu la kalau nak mengaku blog tu milik sendiri, sebab nampak macam dah agak kukuh la. Kalau nak bagitahu awal sangat, malu la sebab waktu tu post xbanyak & theme pun xberapa nak sesuai. Ahaks!
Blog tu diwujudkan secara rasminya pada 29 Disember 2009, tetapi secara tak rasminya 1-2 hari sebelum tu kot sewaktu saya setup WordPress. Oh btw, siapa nak upah setup blog WordPress boleh tanya saya, preferably gadis/wanita la. Caj xmahal pun cuma sediakan hosting je la. Hohoho. Hurm. Post pertama untuk blog tu adalah lagu Cinta Sempurna daripada Yuna. Xtahu la kenapa pilih lagu tu, mungkin waktu tu tengah suka lagu tu kot? Hahaha
Kini setelah 4 bulan blog tu beroperasi, secara kasarnya boleh dikatakan dah pulang modal la pelaburan yang dibuat ketika blog tu dibuka dulu. Hehe. Untuk blog tu, saya guna Innity. Earning biasa je xsampai sehebat blogger lain tapi kira tahap cukup makan la. Ahaks. Dan setakat post ini ditulis, fanpage di Facebook untuk blog tu dah mencecah 494 orang. Siapa yang belum join lagi, boleh join fanpage 1Liriklagu sebab xlama lagi akan diadakan contest. InsyaAllah
Bukan nak perasan, tapi saya sedar sejak adanya blog 1LirikLagu tu ada pula blog-blog blogspot lain yang baru buat, URL macam nak sama je dengan 1LirikLagu. Haiz. Saya pilih dulu sebab nak URL yang pendek & senang ingat. Xsangka pula ada orang yang berkenan, xpe la at least ada la juga orang yang ter-influence dengan kewujudan blog saya tu. Hehe. Ni kira macam kes blog Oh milik Khai la ni, semua pun sibuk nak buat Oh. Bukan xboleh tapi macam tiada identiti tersendiri la. Hehe
Ehem, lepas ni kalau sesiapa ada blog yang jenis macam ni, bila nak copy paste content dekat blog 1LirikLagu tu ingat sikit la waktu nak copy paste tu yang blog ni Chokilala punya. I’m watching you, ceywah. Gurau je. Haha. Bukan apa, ada sesetengah lirik yang saya dengar & tulis sendiri liriknya. Contoh yang terbaru, lirik sofea jane saya tulis sendiri liriknya & sengaja buat salah sikit awal tu sebab nak tengok blog mana yang copy tanpa check. Haha. Kejam kan? Saya pun copy lirik blog lain tapi saya dengar balik & check kalau ada silap ejaan ke apa ke. Lambat sikit tapi berkualiti la kot?
Bak kata pepatah moden yang dibuat sendiri — “Sekilas lirik di blog, sudah ku tahu kalau lirik original adalah datang daripada blog milikku”. Hehehe :P
Setakat ini saja bebelan tentang blog 1LirikLagu untuk hari ini. Kalau sudi, silakan la datang melawat ke blog tersebut dan kalau google lirik, selalu la pilih blog 1LirikLagu dalam search result tu berbanding blog lain *memancing undi*. Haha. Mungkin di post akan datang saya nak berkongsi cerita pasal ramai sangat kanak-kanak yang suka lagu Akim & Nubhan. Eii apa yang best entah. Tapi xboleh la nak cerita dekat sana kan? Hahaha. Ok bye!

lirik lagu jangan nakal fav ko ade x?heheh
selamat ulang tahun..huhuhuhu..sume lirik best..a.haha
Wah ye la.. ada pengikut memasing tu yg mencanak blognya… tahniah.
Selamat Hari Jadi pada blog ini. Semoga terus mengupdate blog hehe.
P/S: Bila nak pasang CommentLuv?
hoho….makin kencang blog lirik tu sekarang ni
fatehah,
mesti la ada. haha. satu album punya lagu pun ada si alip satar tu. hehe
apiih,
haha. ulangbulan la patutnya :P
zool,
yup. ramai pula orang like fanpage tu. xsangka. bagus la. terima kasih ye
syafrizal,
selamat hari jadi pada blog ini? haa xbaca habis ke ni. hoho. xmo pasang la, sebab theme ni pun mcm buruk je. hahaha
khairil,
hai my scandal. yup trafik semakin baik sekarang. hehe. alhamdulillah
patutlah duit berkepuk. ini rahsia nya. ni nak buat gak blog lirik lagu jugak ni. muehehe :)
lirik lagu melayu je ke? lirik lagu omputih tadek?
lirik omputih translate ke melayu pon ok..
blog beridentitikan 1Malaysia tu.. jgn main2.. hak3
hahaha aku dah selalu menyambut ulang bulan cisdel.com hohoh terasa macam pelopor bahasa baru plak.. hahaha
share lahh sikit duit earning tu dgn aku. Laksa Shack SATU!
baru hari ni nak masuk kembali ke sana :P haha.. okey la tu dpt pulang modal kan.. all da best 4 innity.. kaya ko..
blog chokilala ni da maju sgt
tp dari segi content, lebih byk membawa kepada nikmat dunia, khayalan semate2
mintak maaf klu sy ckp mcm ni
di samping menambah sumber pendapatan cik chokilala, ape salahnye jika cik chokilala menambah pendapatan utk di masa akhirat kelak?
contohnye membuat post berkenaan tazkirah, ataupun ilmu agama yg membawa erti pada pelawat2 cik chokilala?
x salah kn klu kite stabilkn kedue2 pendapatan tersebut?
kdg2 kite sibuk sgt dgn hal dunia, sampai x sedar akan hal2 akhirat, sedar2 mane tau kita da x ada lg kt dunia ni?
agak2 bley la ye utk usahakannye
Assalamualaikum..
cikepal,
erk. mana ada duit berkepuk. duit dia lagi berkepuk, pemes :D
anarm,
xde. aku xbuat omputeh. semua malaysia. yang 1 tu just saje je la, xde idea time tu
topo,
haha. aku ter-influence oleh ko rupanya. hehehe
amoi,
laksa shack? amboi. minta yang mahal je. hehe
syahirul,
thank you. err xkaya la. kalau kaya, dah pakai benda-benda hebat dah. gadget ke apa ke. hehe
hamba allah,
waalaikumsalam. hurm. mcm mana nak cakap eh. blog ni saya update lebih kepada personal. kalau awak ikut perkembangan blog ni, daripada dulu lagi pun blog ni lebih bercerita tentang diri saya, apa yang saya usahakan kebelakangan ni, apa barang yang saya nak kenalkan pada pembaca (biasanya barang murah je pun, contoh mcm post eraser tu, ataupun barang free yang saya menang hadiah)
saya xtahu bercakap pasal tazkirah, pendapatan akhirat semua tu di dalam blog. terus terang saya cakap saya xtahu nak ekspresikan semua tu melalui penulisan dalam blog. saya takut orang kata saya hipokrit. post banyak gila-gila tapi tetibe ada post tazkirah. tapi kalau awak perasan, saya ada banyak tegur dalam post-post saya. tentang blogger click nuffnang, tentang login facebook dapat rm100. mungkin x direct ala-ala tazkirah tapi at least dapat la elak dorang daripada jana pendapatan yang xtentu halal haram sebab menipu. mungkin kalau awak ikut saya di facebook which i reserve for close friends only, you’ll see other side of me :)
tentang pendapatan akhirat, tentang apa yang saya buat dengan duit yang saya terima, itu urusan saya dengan Tuhan. but i can assure you, i’ve done something to help the society back. and will always in future. tentang tu, jangan risau ye. dan kalau boleh, saya xmahu sentuh dalam blog. hope my readers can understand that
siapa yang kenal saya dengan rapat je, tahu apa yang saya suka & xsuka dalam blogging. tentang download, iklan xsesuai di blog pun saya particular
btw, terima kasih atas teguran ni. i’ll improve :)
Ulang bulan O.O
Kena sambut ni..
haha
selamat ulg tahun ;)