Mari Join Kelab Kipas Chokilala.com!

Hai semua. Sudahkah anda menjadi ahli di dalam Kelab Kipas Chokilala.com? Kalau belum, marilah menjadi ahli kerana kelab kipas tersebut baru saja dilancarkan tengahari tadi. Setakat post ini ditulis, bilangan kipas sudah mencapai ke 76 orang. Good job kipas-kipas, saya sayang anda semua!

Kelab Kipas tersebut ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama blogger dan juga pembaca blog ini. Saya terima banyak friend request daripada orang yang x dikenali, namun malang sekali terpaksa di-ignore. Sebabnya saya xselesa kalau orang yang saya xberapa kenal, tahu pasal hal peribadi saya. Facebook adalah ruangan peribadi saya. Jadi, under kelab kipas ni boleh la kiranya kita berkenalan, tak gitu?

Mengenai pemilihan nama page ni sebagai Kelab Kipas Chokilala.com pula bukanlah bermaksud untuk minta korang semua mengipas/mengampu pemilik blog ini, tetapi lebih kepada mencari ‘uniqueness’ di kala blog-blog lain sekadar memberi nama biasa kepada page mereka. Hehehe. Sebenarnya, ia adalah terjemahan daripada Chokilala.com Fans Club. Lagi sekali, bukan perasan ada peminat tapi kalau nak join kan kita mesti picit ‘Become A Fan’? Ok ok, perasan la juga sikit. Hohoho

Cerita yang paling sebenarnya ialah sewaktu Scha & Fahrin Ahmad masih bercinta dulu ada seorang fans ni bertanya dengan Fahrin, Scha ada ‘kelab kipas’ juga tak? Lantas Fahrin bagi URL page Scha sambil macam malu-malu. Dari situlah terbitnya idea untuk menggunakan nama ‘kelab kipas’ ni. Hehehe

Akhir sekali, marilah menjadi sebahagian daripada ahli kelab kipas dengan mengeklik di pautan Kelab Kipas Chokilala.com. Nak gosip pun boleh dalam tu, nak cari jodoh, nak berkenalan dengan tuan punya blog ke ataupun blogger-blogger lain semua pun boleh. Jual minyak urat je xboleh dalam tu, minyak lintah lagi la xboleh. Ok babai, jangan lupa join ye?

18
Apr 2010
POSTED BY chokilala
POSTED IN Pengumuman
DISCUSSION 18 Comments

18 Responses to : Mari Join Kelab Kipas Chokilala.com!

  1. topo says:

    fuyo.. ada kelab peminat… dasat tu.. nak lawan FA ke? hohoho

  2. Rara says:

    i adalah orang ketiga join. mana hadiah spender emas yang dijanjikan? :sad:

  3. Abang Zai says:

    Mesti join, nanti boleh abang zai makan choki-choki free.

  4. fendy says:

    i am your biggest fan

  5. Azah says:

    alaaa skema nye ayat awak..
    macam artis gitu~
    haha…

  6. chokilala says:

    topo,
    mana boleh lawan kekasih gelap sendiri. hehe

    rara,
    tunggu nanti i beli cat warna emas, cat spender siapa2 curi dekat ampaian rumah orang

    abang zai,
    terima kasih abang zai. tapi takde choki-choki dalam kelab tu. hoho

    fendy,
    perasan lady gaga pula kerinting ni

    azah,
    wahai awak. saya memang skema. xtahu ke? haha. saya kena jaga adab sopan, bukan aritu cakap cukup 50 fans kena sopan? haha

  7. apiih says:

    dah join sama kelab kipas nih..waaghh..berangin sungguh ade kipas nih.huhuhu

  8. Pingback: kelab peminat topotato.com akan mendapat 1000 peminat sebelum kelab kipas chokilala.com | topotato.com

  9. aizuddin says:

    mintak2 dapat choki2 free pasni..hehe :what:

  10. Amir says:

    jom kipas cik chokilala.. hehe..

  11. Luth Textile says:

    eit faizah, aku jadi ahli kelab kipas hang ke 106. hahahah
    semoga maju jaya junction mall

  12. Scromix says:

    yey kire ang kenal aku la sbb ada dlm fb hang. hahak

  13. Anarm says:

    dah join dah.. sape nak berkenalan ngn aku, meh sini meh.. wakakakaka..

  14. Piston Pecah says:

    kipas lipas..lipas kipas…dah join!

  15. khairil says:

    perghhh…pasti join aku

  16. Mr.Bintang says:

    nak jual minyak masak lah dlm tu…. hahaha..

  17. syahirul says:

    antara org terawal join dengan invitation dari tuan rumah.. sekian.. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">