Setem Upin & Ipin

setem upin ipin
Setem Upin dan Ipin ini dibeli pada Jumaat yang lepas punya lepas (dalam erti kata lain dah 2 minggu beli tapi sekarang baru nak update di blog). Huhuhu. Aku cuma sempat beli setem je sebab yang complete set berserta sampul surat hari pertama takde dekat pejabat pos yang aku pergi hari tu. Kakak pejabat pos tu cakap kalau nak, kena pergi pejabat pos besar. Tapi tu dekat Melaka, mungkin kalau korang stay KL senang cari kot?

Produk terbaru Upin & Ipin ini adalah hasil kerjasama kreatif antara Les Copaque & Pos Malaysia. Yang menariknya adalah tentang keunikan setem itu sendiri (perenggan seterusnya dipetik daripada blog Les Copaque) :-

Setem ini bukan saja comel dan cantik tetapi ianya juga di antara yang pertama menggunakan teknologi pelekat. Ini bermakna kita tidak perlu meletakkan gam ataupun air untuk melekatkan setem ini kerana ianya sudah dilengkapi dengan pelekat tersendiri

Setem ini juga dilengkapi dengan sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Teknologi sebegini merupakan yang pertama digunakan di Asia. Kesemua setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda

See! Bagus betul kan? Ada sistem pelekat, takde la nak terjilat-jilat. Kenapa la daripada dulu tak buat setem yang ada pelekat -___-” But it is simply the joy of licking the stamp yang best dulu-dulu waktu nak hantar surat. LOL. Tapi dah besar-besar sekarang ni memang aku cari gam la, tak kuasa nak jilat. Geli kot?

setem upin ipin

For me, bagus juga usaha diaorang buat setem ni maklum la budak-budak sekarang semuanya dah hi-tech sangat. Mana ada dah istilah sahabat pena/pen pal macam zaman kita dulu. Sekarang semuanya SMS, Facebook, MySpace, Twitter etc. Takde maknanya nak tulis surat dah sekarang, jadi sekurang-sekurangnya dengan adanya setem Upin Ipin ni boleh galakkan budaya menulis & membaca di kalangan dorang, perhaps?

Fakta Ringkas Setem Upin & Ipin

  • Ada 3 versi
  • Setiap versi ada 2 rekabentuk setem
  • Memaparkan rekabentuk permainan tradisional di Malaysia
  • Antara permainannya adalah Batu Seremban, Congkak, Galah Panjang, Konda-kondi, Perang-perang & Telefon Tin
  • Sekeping berharga RM6 (setem sahaja)
  • Untuk full set berserta sampul surat hari pertama dan barang-barang lain, rasanya RM40 something (kurang pasti)
  • Boleh didapati di mana-mana cawangan pejabat pos di Malaysia

P/S : Teringin nak kerja dekat Les Copaque, boleh? :P

31
Dec 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 37 Comments

Tutorial Menghasilkan Screenshot Menarik Dengan Photoscape

Harini ada seseorang email aku bertanyakan macam mana aku buat screenshot macam dalam post blog yang best. Post zaman muda remaja tu. Hohoho. Lama sangat sampai aku sendiri tak ingat macam mana aku hasilkan effect tu. Tapi yang pasti, aku guna Photoscape je!

  1. Download Photoscape
  2. Pastikan korang dah sediakan screenshot
    • Boleh guna Snipping Tool dalam Windows
    • Atau boleh juga guna fungsi Screen Capture yang tersedia dalam Photoscape
  3. Buka Photoscape
    • Klik ‘Editor’
    • Drag imej screenshot yang korang nak edit ke dalam Editor
  4. Let’s start editing!
    • Paparan imej di mode Editor
    • Screenshot Cisdel

      Klik imej untuk paparan lebih besar

    • Klik ‘Filter’
    • Klik ‘Distorts’
    • Klik ‘Perspective’
    • Perspective Effect for Photoscape

      Filter > Distorts > Perspective

    • Adjust berapa percent perspective yang korang nak. Aku suggest letak -%50
    • Yang atas tu, jangan silap pilih pula ye. Pilih ‘Vertical’
    • Dekat options yang sekali dengan berapa percent nak letak perspective tu, kan ada boleh pilih warna background kan?
    • Kalau nak cantik, pilih background yang sama warna dengan background blog tu. Macam blog Cisdel ni warna kelabu, so aku guna warna kelabu la supaya dia nampak blend
  5. Output
    • Perspective Effect for Photoscape

      Output yang terhasil dengan -50%

    • Selain daripada Perspective, boleh juga cuba effect lain dalam Photoscape seperti Reflection, Zoom Blur dll
    • Harap korang faham dan boleh cuba kalau berminat. Thanks

Terima kasih kepada model blog dalam screenshot — Cisdel.com

Salam maal hijrah. 1432H :)

08
Dec 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tutorial
DISCUSSION 46 Comments